Wednesday, March 24, 2010

Belajar Dari Skim Cepat Kaya

skim-cepat-kaya
Berita terkini menyebutkan sebuah syarikat di Ipoh dikesan menjalankan skim cepat kaya menggunakan nama "Islam" yang beroperasi aktif di Perak sejak Januari lalu dengan mensasarkan pelajar institusi pengajian tinggi.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak, Mokhtar Sulaiman, berkata syarikat yang dipercayai beroperasi dari sebuah pejabat di sini menjalankan aktiviti berkenaan melalui kaedah wang pos.

"Beberapa peserta telah membuat laporan selepas menyedari mereka ditipu. Pengasas skim itu sangat bijak kerana menggunakan agama Islam dalam pelaburannya bagi menarik perhatian," katanya selepas merasmikan Seminar Cabaran Pengguna Di Pasaran peringkat negeri Perak di sini, hari ini. Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati antara pelajar yang terjebak telah menggunakan wang pinjaman pendidikan untuk melabur dalam skim itu.

Beliau berkata, siasatan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sedang dijalankan terhadap syarikat berkenaan.

Setakat ini, katanya, aktiviti itu dipercayai terhad di Perak dan belum menular ke tempat lain. - Laporan Bernama (Petikan berita pada 24.03.2010)

Apa yang kita boleh sama-sama belajar ialah kita harus boleh membezakan apa yang dikatakan pelaburan dan apa yang dianggap sebagai skim cepat kaya. Ada perbezaan yang jelas diantara keduanya.

Mari Belajar Buat Blog Sendiri



Saya terfikir untuk mengisi blog ini dengan idea-idea yang berkaitan dengan pelajaran dan pendidikan secara umum. Secara khusus akan saya bincangkan isu-isu semasa yang boleh diambil sebagai pelajaran untuk kehidupan kita selanjutnya. Isu yang pertama di sini ialah soal belajar buat blog sendiri. Ada yang berminat boleh klik di sini
'Belajar Buat Blog WordPress Sendiri'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails