Wednesday, March 24, 2010

Belajar Dari Skim Cepat Kaya

skim-cepat-kaya
Berita terkini menyebutkan sebuah syarikat di Ipoh dikesan menjalankan skim cepat kaya menggunakan nama "Islam" yang beroperasi aktif di Perak sejak Januari lalu dengan mensasarkan pelajar institusi pengajian tinggi.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak, Mokhtar Sulaiman, berkata syarikat yang dipercayai beroperasi dari sebuah pejabat di sini menjalankan aktiviti berkenaan melalui kaedah wang pos.

"Beberapa peserta telah membuat laporan selepas menyedari mereka ditipu. Pengasas skim itu sangat bijak kerana menggunakan agama Islam dalam pelaburannya bagi menarik perhatian," katanya selepas merasmikan Seminar Cabaran Pengguna Di Pasaran peringkat negeri Perak di sini, hari ini. Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati antara pelajar yang terjebak telah menggunakan wang pinjaman pendidikan untuk melabur dalam skim itu.

Beliau berkata, siasatan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sedang dijalankan terhadap syarikat berkenaan.

Setakat ini, katanya, aktiviti itu dipercayai terhad di Perak dan belum menular ke tempat lain. - Laporan Bernama (Petikan berita pada 24.03.2010)

Apa yang kita boleh sama-sama belajar ialah kita harus boleh membezakan apa yang dikatakan pelaburan dan apa yang dianggap sebagai skim cepat kaya. Ada perbezaan yang jelas diantara keduanya.

4 comments:

  1. bagi saya ini adalah pembelajaran yg tak pernah sudah. Dah bnayak kali orang kita tertipu dgn skim cepat kaya tapi nampaknya ia belum menginsafkan rakyat jelata. Pwelaburan dan penipuan(skim cepat kaya) ada banyak bezanya.

    ReplyDelete
  2. Berkunjung balik...terima kasih dah pernah berkunjung..

    salam dari Bandung (Indonesia)
    Bolehngeblog

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana berkunjung ke blog yang masih kurang isinya ni..

    ReplyDelete
  4. klu asal nama islam jer terus tanpa was-was..padahal kita kena selidik btol2 kan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails